Skip to main content

Tentang Kami

 Hana Confinement & Beauty Spa adalah sebuah syarikat 100% bumiputera dan Islam yang mana menawarkan perkhidmatan spa, kesihatan dan kecantikan kepada wanita. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti penjagaan selepas bersalin, urutan badan dan rawatan wajah. Perkhidmatan kami tidak terbatas hanya di premis untuk segala rawatan tetapi juga secara bergerak dari rumah ke rumah (mobile).


Tambahan lagi, apabila melihat dari satu sisi keperluan yang lain, kami juga menganjurkan kelas serta latihan untuk para wanita di luar sana untuk belajar berkenaan spa dan kecantikan sama ada untuk kegunaan sendiri atau membina kerjaya dengan kemahiran yang diberikan.





Permintaan tinggi bagi rawatan penjagaan selepas bersalin serta rawatan spa dan kecantikan secara bergerak mahupun premis menjadikan sebab utama syarikat ini diusahakan. Untuk mutakhir kini, HCBS berpusat di Kompleks Jalan Munshi Abdullah, Melaka dan mempunyai 3 juru terapi bagi rawatan dari rumah ke rumah kepada pelanggan juga di premis spa.


Selain itu, kelas dan latihan kemahiran untuk kemahiran spa / kecantikan berskala kecil juga dianjurkan bagi wanita-wanita di luar sana menimba ilmu untuk kegunaan sendiri ataupun untuk menggunakannya bagi menambah pendapatan.


Terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

PAKEJ BERPANTANG HCBS